Tuesday, December 27, 2011

Aku redha dengan apa yang berlaku ke atas ku..

aku redha ja apa yang awak kata...

aku terima ja apa yang awak kata,

aku senang dengan apa yang awk kata,

aku syukur dengan apa yang awk kata kan..

sememangnya semua itu adalah takdir Allah...

wahai Allah sisipkan redha dalam hati hamba

sehingga hamba tidak mengharapkan orang lain selain

RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU sahaja..

amin


jika suatu hari awak sudah punya kawan baru

dan awak suka akannya, saya rela awak dengannya..

saya tidak akan halang awak dengannya,

namun... :)

jika satu hari nanti awak terluka di sebabkannya...

saya masih ada untuk awak dan saya akan selalu menantikan kehadiran awak

walaupun saya dilukai oleh awak..

saya tidak akan ucapkan selamat tinggal pada awak...

DBSK - Love in the Ice (korean ver.)

Ia umpama cinta yang datang dengan tiba2...


rindu itu tak pernah berhenti, rindu itu tak pernah surut,

rindu itu tak pernah serik, rindu itu tak pernah terhakis...

rindu itu tak pernah habis...

umpama air sungai terus mengalir...



setiap detik. Lihat mentari itu.. 

sentiasa memberikan cintanya kepada bumi.


Lalu alam jadi seri...dan riang hati di siang dan malam hari.

Itulah dia rahmat kasih Ilahi.

yang sentiasa melimpahi.

Friday, September 30, 2011

My liFe St0ry: Perasaan Itu

My liFe St0ry: Perasaan Itu: Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira Di depan oran...

My liFe St0ry: KENANGAN TERAKHIRMak pandang jenazah abang yang ...

My liFe St0ry: KENANGAN TERAKHIR

Mak pandang jenazah abang yang ...
: KENANGAN TERAKHIR Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wa...

Thursday, September 29, 2011

KENANGAN TERAKHIR

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang. "Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang,

"Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.." Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan
kasih sayang seorang ibu kepada anaknya

Thursday, September 22, 2011

Perasaan Itu


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira

Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi… :)

Saturday, September 17, 2011

KEPADA YANG???

❤❤ Kepada yag masih SINGLE.. Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima. ❤❤ Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. ❤❤ Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar- benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar- benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh. ❤❤ Kepada yang PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka yang paling dalam saat kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya. ❤❤ Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami. ❤❤ Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu. ❤❤ Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Dan cinta yang paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya. ❤❤ Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta. Dan akhirnya kau mula menyadari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun- tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia berlalu pergi dan lupakanlah dia. ~► Cinta memang indah namun banyak onak berduri didalamnya... p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat...cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dapat membawa kalian ke SYURGA Allah...InsyaAllah, Aamiin Ya Allah... 

Sunday, September 4, 2011

Jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, Disahkan meninggal jam 6.07 Petang ketika membuat liputan di Mogadishu..

PESAWAT Hercules C130 yang membawa jenazah jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, bersama 54 ahli misi bantuan kemanusiaan ke Somalia selamat mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 10.03 pagi tadi.

Noramfaizul Merupakan ketua Media Misi Somalia KP1M dan BAKTI.. Disahkan meninggal jam 6.07 Petang ketika membuat liputan di Mogadishu..Memang tersentuh apabila acapkali ditanya oleh pembaca berita akan pemergian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Semoga keluarga Allahyarham tabah dlm melalui hari2 mendatang tanpa beliau disisi. ALFATIHAH

Friday, August 26, 2011

WANT TO SEE VIDEO OF INTERESTING jom layan cst production.....best gleeeeee...

PENGELUARAN CST terkemuka dalam industri Videography DSLR. Meraka juga menyediakan perkhidmatan videografi untuk majlis seperti WEDDING, VIDEO CLIP, "JIMAT TARIKH" video, korporat dan banyak lagi. Meraka dibawa kepada semua orang untuk dimensi baru videografi dalam bentuk seni. Jika siapa berminat cari meraka dekat cst production...

Saturday, August 13, 2011

(''v'')

Ya Allah..
sekiranya engkau takdirkan aku mti hri ini...
ampunkn dosaku...
ttpkn imanku...
Ya Allah jika kau takdirkan aku mati disaat ini...
jauhkan aku dri azab nerakamu....
maafkn diri krna tdk dpt jadi ank yg baek di dpn mu..
tapi hti ini ttp untukmu mak....
makkkk........i miss u.............

Wednesday, August 3, 2011

SAYANG KAMU SELAMANYA

Tidak pernah aku terfikir dan tidak sedikitpun aku bayangkan
dia akan pergi dan tinggalkan aku pada waktu ini,
bagitu sulit buat aku bayangkan semua ini dan bagitu sakit aku rasakan
dia akan pergi tinggalkan aku sendiri,
di saat itu dia telah berikan kasih sayangnya pada aku dan
di saat itu juga aku rasakan cintanya
bagitu dalam buat aku, sungguh pun aku
tidak sanggup kerana aku tahu hari ini akan hadir dalam hidup aku
walaupun aku sangat kasihkannya..
aku hanya mampu ucapkan selamat tinggal kepadanya
aku tidak mampu mendengar suaranya
kerana aku takut bila aku dengar suaranya mungkin aku akan
menangis. bagi aku mendengar suaranya saja aku dapat hilangkan rasa sunyi aku.
bila melihat wajahnya aku rasa dekat dengannya.
bila aku fikirkannya aku rasa sedih.
bagi aku satu jam saja dia dapat membuat aku sukakannya
namun di saat itu dia buat aku kecewa dan marah tapi aku tetap bersabar kerna
aku masih sayangkannya dan ingin dengannya..
walaupun hati terasa sakit di saat itu hanya tuhan saja yang tahu
perasaan aku padanya..

semua ini perasaan dan kata hati aku yang amat menghormati perasaannya.
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kita kerana akibatnya,
hanya kita yang akan sengsara
Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari
orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita,
tetapi dia masih sanggup menyayangi dan mencintai kita dengan sepenuh hatinya.

bagi aku harga sebuat pengorbanan ialah naluri dan keegoan seseorang,
kemewahan dan nilai kesucian kupertaruhkan, demi mengejar kasih sayang
demi menghimpun keikhlasan cinta, demi impian sang teruna
kuabadikan sebuah pengorbanan walau derita mengundang perasaan
walau sinar kebahagiaan dibayangi kegelapan diri sendiri...

aku ingin mendengar kau kata kan sayang pada ku
tapi sayang sekali aku hanya mendengar ucapan terakhirmu
tidak atau ( xtau la ) di saat itu aku ajurkan soalan tentang perasaannya sahaja
tapi kenapa baginya susah untuk menjawap soalan-soalan itu??
adakah soalan aku pada waktu itu semuanya benar??
semua soalan-soalan itu hanya aku dan dirinya sahaja yang tahu.......

Tuesday, June 14, 2011

Cara Untuk Mengetahui Kamu
Mencintai Seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

Sunday, June 12, 2011

''DILEMA CINTA''

Sentiasa terapkan prinsip “Jalan Pasti Ada Mesti Ada Cara” di dalam perhubungan cinta kita. Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini. Jika kita inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka kita harus perihatin terhadap hubungan cinta kita pada waktu SEKARANG!
Sentiasa ingat, “BREAK UP” adalah penyelesaian yang terakhir bagi Dilema Cinta.. 

Thursday, June 9, 2011

Doa Untuk Kekasih

Ya Allah….

Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .

Saturday, January 29, 2011

Perempuan yang di elak lelaki:(

Memang susah untuk kenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan pada pertemuan pertama. Memerlukan masa untuk memahami perasaan dan pandangan orang yang ingin didekati itu. Beberapa sifat perempuan yang lelaki tak suka dan menggelak untuk berdamping dengan perempuantersebut. Tapi bukan semua lelaki yang bercita rasa macam ni.

1. Perempuan manja

images1 Jenis Perempuan Di Elak Lelaki

Sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Lebih merisaukan, perempuan jenis ini sukar untuk dikenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat. Mula mula, meraka  akan berubah bila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu.Tapi apabila mereka mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.

2. Perempuan benci lelaki

 
woman loves and hates everyone Jenis Perempuan Di Elak Lelaki

 
Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada perempuan jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat mereka yang jauh berbeza berbanding perempuan lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.
Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.
Lelaki hanya suka bergaul dengan mereka tanpa memikirkan sebarang komitmen dan bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin sebab fikiran jahat untuk menjalin hubungan seks semata-mata.


cAreer Jenis Perempuan Di Elak Lelaki

 
Ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan perempuan  berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan  terancam untuk bersama perempuan jenis ini. Tapi, sang lelaki beranggapan bahawa perempuan yang berjaya  tidak memerlukan  lelaki.
Perempuan yang memiliki karier yang stabil akan membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. So, kehadiran seseorang lelaki tak mampu menandingi apa yang mereka ada. Tapi,ada jugak  lelaki yang suka perempuan jenis ini kerana dari segi kewangan,perempuan  tidak bergantung kepada mereka.


nagging wife saidaonline Jenis Perempuan Di Elak Lelaki

 
Mengikut perspektif lelaki,perempuan yang banyak cakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan perempuan menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Tapi, bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.
Contohnya, bila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, pemain dan keputusan. Sebaliknya, bila topik bertukar kepada yang lebih feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak menceceh.
So, orang perempuan yang dalam usaha nak menangi hati lelaki, elak elakkan lah bersikap macam ni ;p.
 

Sunday, January 2, 2011

story...

bila sye study smpai lewat malam MyEm0.Com
esok pagi mesti sye jd mengong MyEm0.Com
kalau ade orang melamar sye...MyEm0.Com
mesti sye akan mimpi org tu bila tido MyEm0.Com
sye harap org ikhlas n jujur ngn sye MyEm0.Com

kalau die curaangg MyEm0.Com

buat keje mesti sume x jd sebab tension MyEm0.Com


lepas tu sye mula la merajuk MyEm0.Com
selalu nyer orang yg dh curang die tak akan pujuk kite MyEm0.Com
last last putus juge akhirnye
tapi tak pe..patah tumbuh ilang berganti MyEm0.Com
hehehehehehe,,,MyEm0.Com
tu jer yg sye nk cerita MyEm0.Com
bye bye n take care...daaaa~~MyEm0.Com